Saturday, 29 September 2012

Semester baru

Bismillah...

Lamanya dah tinggalkan blog ni..hmm..keinginan nak tulis kat dalam blog ni memang ada, tapi masalahnya kekeringan idea untuk diceritakan.. ni lah kalau orang kata, kalau tak bersungguh memang takkan jadi pape...

alhamdulillah, aku berjaya untuk meneruskan pengajian di UMT ni, walaupun pada awalnya aku hampir-hampir ambil keputusan untuk berhenti... Tapi bila terfikir pengorbanan mak dan abah, terpaksa aku simpan saja niat tu..

tapi betul orang kata yang masa mungkin akan merubah kita.. lepas beberapa hari aku mendaftar sebagai pelajar tahun 2..aku mula dapat menyuaikan keadaan dengan pembelajaran..tiada lagi detik kecil hatiku ini untuk berhenti..

Ya Allah, terima kasih kerana memberi aku peluang untuk mencari ilmuMu... tentang subjek yang aku ambil semester ni tak banyak..aku mendaftar untuk 4subjek je sebab subjek yang aku nak tambah clash dengan subjek yang sedia ada...

Disebabkan aku amik 4subjek je, so hari rabu dan khamis setiap minggu aku tak ada kelas...mula-mula memang la hepi, tapi bila difikir-fikir balik, cuti ni sebenarnya meracun aku dalam diam...mana tak nye, mesti aku terlalu relax sebab cuti 4hari dalam seminggu...4HARI OKEH!!!!

tapi kawan aku ada bagitahu good news yang maybe jadual statistic akan dianjak.jadi peluang untuk aku tambah satu lagi subjek adalah CERAH!!... tapi pape pun kena tunggu minggu ni, kalau tak,aku kena struggle untuk sem ni untuk make sure pointer aku naik dan aku boleh catch up semua subjek.. sebabnye pointer aku jatuh untuk semester 2 hari tu..

Semoga Allah membantu aku untuk menuntut ilmu...InsyaAllah...AMIN..