Saturday 29 December 2012

rumah

bismillah..

alhamdulillah cuaca kat sini dah kembali cerah..sang mentari pun dah tak menyorok..rindu tau kat sang mentari..

hmm...masalah rumah still tak settle..rumah yang jumpa hari tu dah cancel.. :(
so depend kat rumah ni je la..

orang yang nak baiki pun still xdtg2 lg..waaa.. nyesal lak rasa..tapi kita tak leh nak nyesal benda yang dah berlaku kan..

Ya Allah, bantu la hambamu ini..

Wednesday 26 December 2012

informative speech..

bismillah..

alhamdulillah satu masalah dah selesai..kereta dah boleh gerak..bersyukur sgt2..
next, informative speech..esok orng y ke 6..debor2..
nak sedapkan hati pikir positive je..dah prepared semua, jd esok just do the best...

Ya Allah permudahkan segala urusan ku didunia dan akhirat..

Monday 24 December 2012

rainy dayy..

bismillah..

today is rainy dayy..everyday is rainy day...musim tengkujuh tengah melanda terengganu..semoga dengan dugaan ini dapat memberikan hikmah kepada semua..insyaAllah..

yeah..xsampai seminggu lg kot untuk final exam..wahh, cepat je masa berlalu..rasa mcm kemarin je mak, abah, n mak cik datang hantar kat rumah sewa..tup2..xlama lagi nak balik rumah...
berhenti jap nak berangan balik rumah..fokus pada study..paper sikit je sem ni, so mmg berada kat hujung tanduk result sem ni..

semoga Allah permudahkan segala urusan hamba mu ini..amin..

Thursday 20 December 2012

dugaan..

bismillah..

Ya Allah..tabahkan lah hati hambaMu ini untuk menghadapi dugaanMu yaAllah..


Saturday 15 December 2012

THINK POSITIVE...

bismillah...
alhamdulillah, kemelut housemate akhirnya nak sampai ke tahap penutup.. hope sangat benda ni tak berpanjangan.. tapi apa2 pun, tanamkan pada diri untuk sentiasa berfikiran positif...

Rasenya tak ada apa yang rugi kalau kita berfikiran positif..sebabnya, kalau fikir negatif je memanjang..nanti hati kita jugak yang sakit, jadi dari mengelakkan hati kita sakit, so better kita think positive always :)

aku dapat rasakan perbezaan apabila kita berfikiran positive..hati akan jadi tenang,bila ada je hasutan syaitan untuk fikir negative, cepat2 datangkan aura positive..insyaAllah dapat elakkan diri dari memikirkan sesuatu yang negatif terhadap seseorang tu..

Haaa!!! lagi satu bila kita tak fikir negatif, kita comfirm tak akan mengumpat..hahaha..nampak sangat suka mengumpat sebelum ni,..it's ok..orang cakap experiance akan mematangkan kita..so mulai sekarang setkan dalam minda untuk berfikiran positif dan kita pun akan jadi orang yang positif..TAPI!!! jangan la benda yang terang lagi bersuluh dah negatif, rerajin pulak nak mempositifkan ye..

now at library..tenet laju gila wohhhh...so nak study plak..

Semoga Allah merahmati perjalananku sebagai seorang khalifah di muka bumi ini..YaAllah permudahkan lah segala urusan ku didunia dan diakhirat..Aminn..lapangkan la dadaku, tenangkan lah hatiku, lembutkan lah bicaraku, kuatkan lah ingatan ku dan bantulah aku menuju jalan-Mu...Aminn..

permudahkan lah juga segala urusan kedua ibubapaku, saudara-maraku, guru-guruku dan rakan-rakan ku didunia dan diakhirat..Amin...

Sunday 25 November 2012

Konvo..

Bismillah..

        Alhamdulillah selesai sudah konvo untuk tahun ni. walaupun tak terlibat secara langsung untuk majlis berprestij ni, tapi ada juga terlibat secara tidak langsung dalam majlis ni..masakan tidak,sepupu beza 3hari meraikan kemenangan selepas 3tahun berhempas pulas untuk menggengam segulung ijazah...

        gembira bila melihat mereka yang memakai jubah konvokesyen tadi..senyuman tak lekang dari wajah mereka. diri ini turut tersenyum bila teringat kenangan konvo semasa diploma dulu.. Kegembiraan yang dikongsi oleh keluarga tersayang..

          InsyaAllah jika tiada aral melintang, selepas 4tahun menimba ilmu di bumi darul iman ini akan kubawa segulung ijazah untuk mereka..sesungguhnya kesabaran itu amat pahit, tetapi kesudahan daripada sebuah kesabaran adalah sangat manis =) ..

Ya Allah, sesungguhnya engkau maha mengetahui apa yang ada didepan, maka perelokkan lah jalan ku menuju redhoMu.. Permudahkanlah segala urusan ku, kedua ibubapaku, ahli keluargaku, guru-guruku, rakan-rakanku, saudara-saudaraku didunia dan diakhirat..Amin...

Monday 29 October 2012

financial accounting & reporting 2

bismillah..

alhamdulillah tadi dah lepas satu test...

so esok malam test statistik pulak..GOOD LUCK!!

YaAllah, permudahkan lah segala urusan ku didunia dan diakhirat..amin

Sunday 21 October 2012

1 week..

Bismillah...

kalau tengok tajuk tu, boleh describe macam-macam kan.. hmm..aku lagi satu minggu lagi nak test..so worried.. 29hb test FA, 30hb test Statistic and 31hb test MA..

so keje aku skung ialah study.. dan aku harap apa yang aku belajar sekarang ni boleh membantu aku untuk masa hadapan.. and aku berharap yang aku belajar ni bukan sekadar untuk mendapat keputusan yang baik tapi aku dapat gunakan bila aku perlukan ilmu tu..

ok la, xda benda nak citer hari ni, nak pergi study akaun plak..

Ya Allah, permudahkanlah urusan kuuntuk menuntut ilmuMu...

Thursday 18 October 2012

Bismillah..

Hari ni xda ape yang menarik sebab hari ini cuti..hehhehehe..
semalam pun cuti jugak..so jom kita ramai2 bercuti...haha..erm..esok rancangannya nak daki bukit besar.. Tak pasti la kenapa nama dia bukit besar..mybe sebab bukit tu besar kot..

Kalau sesapa yang daki bukit besar tu,, ada satu part yang kita akan dihidangkan dengan scene bandar terengganu.. tak sabar rasanya nak menikmati keindahan alam ciptaan Allah SWT..
Tapi memandangkan hari ni seharian hujan, mungkin rancangan kami terpaksa ditangguh..sebab rasanya mesti jalan licin dan sangat lah merbahaya..

oh ye, adik dah nak balik rumah esok.. hepi la dia dapat balik rumah..aku kena tunggu midsem baru baru boleh balik..huhu..xpe2..sabar itukan separuh daripada iman..

Tadi mintak tolong salwa belikan tiket, mujur cepat sebab rumate dia nak pegi beli esok..jadi, aku amik keputusan nak turun dekan hentian putra, amik bas pukul 8.30pagi and mintak tolong marha pulak..haih..suka benor nyusahkan orang...tapi kalau kita kawan mintak tolong mesti kita tak keberatan untuk hulurkan bantuan..ya dak??

ok la, nak study plak..dari semalam asyik study benda yang sama je...so jom kita mulakan dengan bismillah untuk mulakan study..

Ya Allah, permudahkan lah aku untuk menuntut ilmuMu..Amin..

Sunday 7 October 2012

legaaa..

Bismillah...

Semalam aku ada citer pasal public speaking kan..alhamdulillah tadi telah selamat dengan jayanya..heheeheee..aku antara orang yang awal jugak la sebab no uk aku depan-depan..

so settle public speaking, hari rabu ni pulak ada quiz managerial accounting..kalu ikutkan tadi, tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan..lect aku tunda hari rabu..malam ni aku tak study kot,sebab letih la..dari pagi tadi stay dekat uni..member yang aku tumpang ni jenis yang tak suka balik, so aku kena ikut la kan..

erm..tadi kelas statistik sharpe habis kul 10malam..dah belajar dengan dekan, ofcoz la dia puntual..tak da istilah student halalkan masa kalau dengan prof ni..

tak da benda dah nak dicoret kat sini..lepas ni nak tido..esok ada kelas pukul 11,tapi yati cakap nak datang awal sebab nak jumpa lect statistik..and kitaorang mungkin akan balik lambat sebab dia nak study MA..dia ada tanya aku,nak join ke tak, kalau aku tak nak join dia akan hantar aku balik dulu la..tapi kesian pulak kalau macam tu..jadi aku decide nak ikut dia study, boleh gak aku study..kalau dah balik rumah, alamatnya relax la dulu..malam baru nak bukak buku..haishhh..

ok lah, nak buat air and then mau tidor....selamat malam semua...

Ya Allah semoga apa yang aku telah lalui hari ni memberikan sesuatu yang berguna kepada diriku..ampunkan la segala kesilapan yang telah aku lakukan hari ini..semoga esok lebih baik dari hari ini dan semalam..AMIN..

Saturday 6 October 2012

Public speaking

Bismillah...

Alhamdulillah hari ni kita diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk membetulkan kesilapan dan menambahkan amalan kepadaNYA...

Public speaking adalah satu musuh secara diam.. sebab apa?? sebab apabila seorang tu tak boleh untuk bercakap dihadapan, maka secara mutlaknya markah akan berkurangan..semester ni aku ambil subjek public speaking..gerun jugak bila 1st time masuk kelas..

mujur lecturer lelaki, tapi sapa cakap lect lelaki tak cerewet?? tapi alhamdulillah sebab setakat ni lect aku tu tak tunjuk lagi sampai mana tahap kecerewetan dia..pasal speech yang pertama kitaorang akan deliver ialah pasal introductory speech..so of course la kena cerita pasal diri..

aku sekarang tak nervous lagi, siap rasa macam nak volunteer buat dulu..hahaha.. tapi rasanya bila sampai masa, aku yang sorok kepala bawah meja dulu... walaupun nampak lect ni macam ok sangat, tapi bagi aku kena perform yang terbaik jugak..ada dia cakap yang kita boleh cakap apa sahaja dan jangan risau pasal grammar dan ayat berterabur ke..tapi aku rasala kan, memang la dia cakap macam tu sebab dia just bagi markah dan kami yang akan dapat markah..so kalau nak markah lebih, kena perform well la kan..

hope semuanya berjalan dengan lancar...5% mark markah tu..kalau tak rebut sekarang, bila lagi..time ni la kita nak kumpul dulu apa-apa yang senang bagi markah untuk cover speech yang akan datang...

okie la, esok pun ada kuiz managerial accounting..semoga apa yangaku study dan faham sebelum ni dapat membantu aku esok...Ya Allah, terima kasih atas segalanya..Lindungi lah hambamu ini dari sebarang perkara yang tidak elok..AMIN..

Thursday 4 October 2012

Heart

bismillah...

Hari ni rasa nak kongsi pasal hati..kalu x jaga hati, mati la jawabnya..
hati jugak melibatkan perasaan..dari mata turun ke hati..macam tu jugak aku..bila aku mula suka pada seorang lelaki.. dia orang pertama yang aku admire dan dalam masa yang sama dia pun nak kawan dengan aku..

Adakah itu tandanya JODOH?? bila dua pihak mencari jalan untuk memulakan langkah perkenalan...dulu bagi aku tu jodoh..hahha..tapi sebenarnya ia tak menjanjikan apa-apa walaupun dua-dua pihak memulakan perkenalan.. walaupun aku dan si dia tak lagi berhubung..aku tetap akan ingat dia sehinggalah aku berjumpa dengan tulang rusukku, barulah aku akan melupakan dia..

bukan bermakna aku tak nak melupakan dia sekarang, tapi aku sedang mencuba..selaepas aku tidak lagi memikirkan tentang dirinya, dia munculkan diri..betul, waktu dia muuncul semula adalah satu keadaan yang xdapat aku bayangkan..sangat gembira, tapi bila fikirkan yang dia menghilangkan diri secara tiba-tiba, perasaan gembira tu beransur hilang..sekarang dia pergi lagi dan aku tidak lagi mengharapkan kemunculannya lagi..biarlah dia tersimpan dalam lipatan sejarah aku yang tak mungkin akan berulang lagi..tapi kenangan sebentar aku dan dia adalah keindahn yang tak mungkin aku lupakan..

walaupun aku mungkin tak lagi akan mendapat khabar darinya, tapi aku percaya yang dia akan hidup bahagia kerana gadis yang sekarang menjadi hatinya sangat menyayangi dia..semoga Allah merahmati perhubungan kalian..aku hanya mampu berdoa yang terbaik..terima kasih Ya Allah terima kasih kerana menemukan aku dengannya dan memisahkan aku dengannya kerana aku tahu ada hikamah disebalik apa yang telah Engkau suratkan..AMIN..

Tuesday 2 October 2012

Isnin

Bismillah...

harini rajin sikit nak update..even dah pukul 1pagi lebey, tetap gak nak update sebab dah alang-alang online... hari ni kelas FA untuk tengah hari anjak ke malam..so pagi tadi terbabas gk la tiso..nak dekat kul 10pg baru bangun.. pagi tadi hujan renyai-renyai memang syok tido..mujur takda kelas, kalau tak redah hujan la gamaknya kalau pak cik van xnak amik kami..

Kelas malam tadi full sungguh, mana taknya..kelas kecik tapi yang datang 100++..lecturer pun just aspect 80% je yang datang sebab buat kelas malam..tapi nampaknya student akaun ni semua bagus-bagus....hahaha..

kelas habis awal tadi, so balik awal la kan..tapi kena siapkan kerja MA untuk bincang esok..buat kerja last minit lagi..divide soalan and kumpul..bila ada masa untuk buat soalan before ni, nampak soalan macam susah je..sebab tu extend..tapi bila nak esok, boleh pulak siapkan...ni la namanya student..kadang-kadang kerja last minit memang akan siap..cuma faham dengan tak faham je la...

oraite..cukup untuk hari ni..esok kelas full sampai 6ptg..so nak tidur dulu...


salam...

Saturday 29 September 2012

Semester baru

Bismillah...

Lamanya dah tinggalkan blog ni..hmm..keinginan nak tulis kat dalam blog ni memang ada, tapi masalahnya kekeringan idea untuk diceritakan.. ni lah kalau orang kata, kalau tak bersungguh memang takkan jadi pape...

alhamdulillah, aku berjaya untuk meneruskan pengajian di UMT ni, walaupun pada awalnya aku hampir-hampir ambil keputusan untuk berhenti... Tapi bila terfikir pengorbanan mak dan abah, terpaksa aku simpan saja niat tu..

tapi betul orang kata yang masa mungkin akan merubah kita.. lepas beberapa hari aku mendaftar sebagai pelajar tahun 2..aku mula dapat menyuaikan keadaan dengan pembelajaran..tiada lagi detik kecil hatiku ini untuk berhenti..

Ya Allah, terima kasih kerana memberi aku peluang untuk mencari ilmuMu... tentang subjek yang aku ambil semester ni tak banyak..aku mendaftar untuk 4subjek je sebab subjek yang aku nak tambah clash dengan subjek yang sedia ada...

Disebabkan aku amik 4subjek je, so hari rabu dan khamis setiap minggu aku tak ada kelas...mula-mula memang la hepi, tapi bila difikir-fikir balik, cuti ni sebenarnya meracun aku dalam diam...mana tak nye, mesti aku terlalu relax sebab cuti 4hari dalam seminggu...4HARI OKEH!!!!

tapi kawan aku ada bagitahu good news yang maybe jadual statistic akan dianjak.jadi peluang untuk aku tambah satu lagi subjek adalah CERAH!!... tapi pape pun kena tunggu minggu ni, kalau tak,aku kena struggle untuk sem ni untuk make sure pointer aku naik dan aku boleh catch up semua subjek.. sebabnye pointer aku jatuh untuk semester 2 hari tu..

Semoga Allah membantu aku untuk menuntut ilmu...InsyaAllah...AMIN..





Thursday 14 June 2012

Teen days to go...

Bismillah....

masih lagi mengira..kalau semalam 11, maka hari ni mestilah 10 kan.. wah..bila la nak dapat single no ni...




10 HARI LAGI!!!!!

Tuesday 12 June 2012

11 days to go!!!

Bismillah....

Wah, gila semangat buat counting untuk balik rumah...huhu, serius rindu kat family kot.. walaupun fon hari-hari tapi tak sama kan kalau tak bersemuka...

Sejak duk Terengganu ni memang lama kot tak balik.. sem 2 ni balik time mid sem je.. lepas tu xdo den balik dah.. tapi sem 2 ni rasa macam kejap je..bukan rasa tapi memang sekejap..bayangkan masuk bulan 2, pastu bulan 6 dah habis..4 bulan je belajar..bukan 6 bulan.. mana tak terkejar silibus...

Jadi kalau ikut tajuk lagi 11 hari daku akan bergelumang dengan masa... Jadi memang perlukan kesabaran kalau nak keindahan kan.. hari ahad minggu lepas dah beli tiket balik..so bila dipikir-pikir dan di tenung-tenung, maka kesimpulan telah dapat.maka ak pun memilih 23hb jun untuk pulang ke rumah...

bukan sengaja melambatkan masa, tapi sebab aku nak uruskan bebarang aku kat rumah sewa..jadi kena la korbankan sehari.. sebelum asyik pikir balik, aku ada lagi tiga paper untuk sem ni...18hb, 20hb, dan 21hb...

Semoga Allah permudahkan urusan aku untuk menuntut ilmu...Ya Allah, bantlah hambamu ini...Amin..



11 DAYS :)

Monday 11 June 2012

Me Myself...

Bismillah.....

Yes, as I mention above, I would like to story about myself...ni ala2 nak perkenalkan diri kat depan kelas time first time kat tempat baru..I sure  all of people will face this moment.. it will different among others because we have our own style right?

For me, it was the hated part..I need to stand in front of people who I don't know they are.. this also the ashame part when all people will stare at me before-when-and-after i speak...bla..bla..and bla...

But all of that are memories... when you became a university student, you may difficult to find this moment that you always get when you are at primary and secondary school...ohh..I miss that moment(nmpak no dah lama tinggal sekolah)huhuhu...

Seriously when you are uni.student, you must have your own mingle-mingle session with others...just imagine one class you have around 100+ friends..wahh..your members at facebook will increase...hahaha..that time no formal intro..all will be wing-wing communication..

The morale of story is be happy with your life now, and you will find it was memorable in the future :) 

Pindah...

Bismillah...


Hari ni nak cakap pasal perpindahan...sapa yang pindah?? I?? nonononono.....I still at Terengganung..huhu

family aku yang pindah... dari mana nak ke mana?? haa..Dari lipih,Pahang ke Nilai,N9...so kami akan bermaustatin di sana...kena belajar loghat N9 nie...huhuhu..jadi no mo nomad, sebab bapakku udah bersara...

Waa..rasa tak sabar nak balik rumah sebab aku tak tengok pun lagi rumah yang dah siap renovate..memang seprais...so kne tunggu 23hb ni baru boleh balik...sabar2..

Alhamdulillah, selamat sudah family aku pindah..diorand pindah hari aku jawab paper ekonomi...09hb jun 2012....semoga kat tempat baru ni, jiran2 baik-baik belaka la n ramah-ramah..amin...

Secangkir Kata..

Bismillah...


Doa memberikan kekuatan pada yang lemah,

Membuat orang tak percaya menjadi percaya,

Dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan..



Jadi, JOm ramai-ramai amalkan berdoa dalam kehidupan seharian kita :)

Friday 8 June 2012

WAAAaaaaaTERRRRRRRRrrrrrrrrrrrrr...

Bismillah....


Hari ni dekat UMT ada masalah gangguan bekalan air..Start petang tadi before zohor, kat blok aku tak ada air..jadi nak tak nak kena meraih simpati dari blok lain..huhuhu


Ingatkan panas sampai ke petang, rupa-rupanya dari pagi hujan dah.. T_T masalah bekalan air ni berpunca dari paip dekat luar ni pecah...jadi pihak bekalan air kena tutup pengliran air untuk mengelakkan pembaziran..*membazirkan amalan syaiton....


Jadi nak bagitahu la yang aku ni tak mandi petang..bushuk2... alhamdulillah air simpanan ada lagi unuk solat dan apa-apa yang patut la kan..tapi ni dah tahap kritikal dah ni...esok dah la I ada final..memang poning kepalo den nak jawab paper dengan tak mandi...


Tapi ada ura-ura mengatakan yang air berkemungkinan akan ada lewat malam ni ataupun esok pagi..harap-harap betul lah apa yang En, ura-ura cakap tu... 


So jom reramai kita doakan semoga masalah ni dapat diselesaikan dengan segara dan semoga bekalan air ada seperti biasa...amin..


Last but not least, esok I akan face ngan Mrs Microeconomics...hope dapat buat dengan baik..Ya Allah permudahkan la urusan hambaMu ini..tenangkan lah hati hamba dan bantulah hamba ketika dalam kesusahan..hanyaMu yang dapat membantuku...Amin... 

InsyaAllah ada hikmahnya..

Bismillah....


Tajuk macam ada masalah negara kan...huhu..well sekarang kan musim exam, so bila tak dapat jawab, set kat dalam hati insyaAllah ada hikmahnya...hmmm... kadang-kadang aku ada terpikir jugak la yang bila seseorang tu   ada masalah ke, mesti orang akan cakap kat dia, jangan isau ada hikmah disebaliknya, so bersabar la...


Tapi kan, dok aku pikir-pikir, kalau terlalu set dalam otak macam ni tak elok jugak kan..bukan nak menidak kan hikmah Allah.. tapi dah kalau sesorang tu selalu fikir macam tu, sampai bila nak berjaya dan sampai bila orang tu nak bersungguh dalam satu perkara...betul tak??


Nak pikir macam tu tak salah, tapi aku rasa kalau dah berusaha tapi tetap dapat feedback yang kurang bernasib baik, boleh la nak pikir macam tu.. tapi aku kadang-kadang kalau nak sedapkan hati memang akan pikir ayat ni..sebab Allah dah menjanjikan kita yang terbaik..


Aku ni seorang yang akan pikir panjang..bukan genius, tapi pikir perkara yang dah lepas dan tak boleh nak diubah dah..contohnya macam rumah sewa, dulu ada jumpa rumah sewa yang dekat dengan hostel, tapi macamna ntah, kitaorang hold dulu dan cari rumah lain..bila nak rumah tu, ada orang lain dah booking dan nak bayar diposit dah..so MELEPAS la kan..aku punya pikir menyesal tak book awal-awal sampai aku tak lalu nak makan..asyik pikir je masalah tu...sedangkan kalau pikir pun bukan boleh dapat rumah tu balik..


Bila dah start pikir, hmmm memang bolayan la jawabnya..buat keje tapi otak kat tempat lain..so aku nak sangat jadi orang yang boleh terima kenyataan..dan yang penting sentiasa berfikiran positif.. setiap kali aku terfikir masalah aku ni, tiap kali tu la aku tanam niat nak berubah ke arah yang lebih baik..contohnya, jangan hiraukan sangat cakap-cakap orang* bukan langsung tak hirau,mana yang boleh pakai tu amik la.., pastu jangan pikir sangat pandangan orang kat kita selagi apa yang kita buat ni tak langgar undang-undang agama or negara...


Pastu jangan malu sangat nak tonjol diri tu, kita nak menonjol bukan nak riak atau apa..just untuk lawan dengan sifat malu kita ja...kita lawan dengan bayangan kita untuk jadi lebih berkeyakinan...*tapi harus diingat ya, perempuan harus ada sifat malu ya kengkawan...


Kesimpulannya kat sini.. BETUL, setiap yang berlaku ada hikmahnya..kadang-kadang ia adalah satu peringatan buat diri kita..tetapi apa yang pasti kita mengharapkan hikmah yang terbaik untuk diri kita...selepas berusaha, kita serahkan kepada ALLAH SWT, kerana Dia lebih mengetahui yang terbaik untuk hambaNya.. dan jangan lupa untuk sentiasa berfikiran positif untuk perkara yang positif ya.. Senyum selalu, kerana senyum itu satu sedekah dan Bahagiakan lah orang disekeliling kita dengan senyuman yang IKHLAS dan bukan senyuman yang MENGGODA...uppps!!!hehhehehe

senyum tak perlu kata apa apa.. :)


Thursday 7 June 2012

good bye hostel..

Bismillah..

Alhamdulillah, hari ni cuaca oke..tak panas sangat.. oh ya, semalam result untuk asrama dah keluar..tahniah le pada yang dapat, n yang tak dapat insyaAllah ada hikmah disebaliknya...

Aku tak mohon pun asrama sebab langsung tak aktif kat sini.. tak tahu la macam mana nak aktif.. sebab rasa kalau takda kawan yang kenal mungkin boleh kot nak berubah jadi huha-huha sikit..tapi kat sini ada 2orang kawan dari KPM, jadi diorang tahu perangai aku yang lemah lembut ayu jelita ni*perah santan masak lemak sungguh kkan!!..hahaha...

Serius woo, comfirm kita akan remain perangai lama kan..tak kan tetiba nak buat tak malu,sedangkan kat tempat dulu bukan main perempuan melayu..kat sini nak jadi perempuan bandar pulak? oh noo...nanti diaorang ingat aku ni culture shock... tapi ada jugak la sedikit perubahan dalam diri aku ni.. contohnya kalau nk presentation, aku tak la gabra sangat..nervous still ada, penyanyi yang dah biasa dok ngadap orang 24 jam pun nervous..aku apetah lagi, insan yang khilaf sentiasa membuat salah..* tetiba teremo kejap...

Jadi kesimpulannya, aku tetap aku... KPMIM ngan kat UMT samo ajo, tiado yang berubahnye....

Wednesday 6 June 2012

Next..

Bismillah...


Alhamdulillah, semalam dah selesai satu paper..ada lagi 4paper unuk diperjuangkan..huhu..memang terasa macam kat dataran perang pulak..


Semalam, masuk je dewan, gelepar cari meja tak jumpa..rupa-rupanya diorang susun meja cara lain plak.. gigih okey,main tukar-tukar..ayoo...lepas tu, nah!! duduk stok barisan depan skali..pergh..memang cover ayu la kan, coz ada lecturer encem yang jaga..huahuahua..


Biasanya meja akan disusun ke belakang, alih-alih sem ni dia tukar no ke tepi pulak..nak ubah selera la kot...so berbalik pada tajuk, next paper hari sabtu ni,9hb june..so Ms. Micro please be nice to me...

So JOM kita study :)

Secangkir Kata...

Bismillah..



KEBIJAKSANAAN menjanjikan KEJAYAAN dan KEBAHAGIAAN tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan PENDERITAAN.

Monday 4 June 2012

Exam OH Exam

Bismillah...


Esok bersamaan hari Selasa bersamaan 5hb June bersamaan 16Rejab, aku akan berjihad untuk final exam...waaa..nervous nok..hak2...

hope semua berjalan dengan lancar.. lecture dah mengajar, kita dah study, jadi tawakal kepada Allah untuk final ni.. berharap sangat untuk dapat yang terbaik..InsyaAllah...

Yeah.. aku akan berhadapan dengan Mr Math untuk hari yang pertama..so, Mr Math..pleasse be kind with me oraite.. tapi tu lah, examnya petang..pukul 3.00-6.00PM.. huh!! time tu stok syok untuk tido tuhh...alahai, dugaan sungguh..

Papepun nak merunggut pun tak guna, sape kau untuk orang ubah jadual..hmmm..redha2.... jadi esok kena chegel kan biji mata untuk jawab math...

Lastly of course a million thanks to our respected lecturer, En.Shauqi @ hasben Pn.Aishah...hehehe.. banyak kerenah kami yang en. tu sanggup melayan. dan yang penting, enjoy sangat belajar ngan dia, sebab stok suka buat lawak tapi dia sendiri segan-segan nak senyum..kami pulak yang gelak tengok cara dia..KAMI SAYANG EN.SHAUQI...wink**wink** :)




math :)


Sunday 3 June 2012

Secangkir Kata..


Bismillah...

Perjalanan SERIBU batu,
Bermula dengan SATU langkah.

Tenangnya :)

Saturday 2 June 2012

My Lil. Sister


Bismillah............

adikku sayang :)


Ahakz... awal2 nak gambar besar satu page kan... she is my lil sis... only one..xda stock adik2 angkat nie..secara tak rasmi mungkin ada kot..huhuhu, nmpak noo yang diri ni sangat unwanted..hahaha..papepun ada haku kisah, walaupun kekadang tetiba terkisahkan...


Back to the story mory line... sekarang ataupun tika ini dia and my parent ada dekat Perak Darul Ridzuan...bukan sesaja makan angin disana ye..kalau nak makan angin, depan kipas pun boleh makan angin, ye dak? diaorang gi perak sebab nak anto lil. princess ni la..


Antar untuk ape? now kan musin budak-budak lepasan SPM berhenti dari menternak lemak..diorang telah pun dikerahkan ke pelusuk negara malaysia untuk berjuang demi negara tercinta..huhuhu..diaorang kan stok2 pemimpin akan datang.so, haruslah menimba ilmu..


Adik haku ni pulak tercampak dekat perak untuk bercambah jadi orang yang berguna... so warga UITM Sri Iskandar akan bertambah la...dia amik course Diploma Sains Kuantitatif... wish all the best to her...



To Nadira :

  • JANGAN TINGGAL SOLAT..
  • Ingat ALLAH selalu ada dengan kita ( i remind ur back :) )
  • Always remember yang kita sebagai seorang anak always carry our family name..
  • Semoga dapat suaikan diri kat tempat baru..
  • Hope dapat biasakan dengan air kat sana ye..
  • Belajar rerajin..
  • Jangan putus asa.
  • Always think positive to yourself..
  • Jangan mudah terpengaruh dengan benda-benda yang tak elok..


jadi kesimpulannya, Allah bagi kita AKAL untuk berfikir baik dan buruk sesuatu..jadi gunakan lah Akal tu dengan sebaik-baiknya..  





Friday 1 June 2012

Welcome June...

Bismillah....


Alhamdulillah.. now 01 june 2012.. happy welcoming Ms. June, and nice to meet you Ms Mei, insyaAllah panjang umur kita jumpa lagi :)


Ms June :)

Wednesday 30 May 2012

Ustaz Don

Bismillah...

Alhamdulillah tadi berkesempatan untuk mendengar ceramah daripada seorang pendakwah yang berjiwa muda dan menggunakan pendekatan yang sangat bagus untuk mendekati pemuda dan pemudi...

Majlis bermula pada pukul 9.30 pagi, sementara menunngu kedatangan Ustaz Don..kami disajikan dengan alunan nasyid daripada kumpulan Ilham UMT.. kumpulan yang terdiri daripada 5orang anak muda..

tepat 10pagi, Ustaz Don diiringi oleh urus setia majlis masuk ke dalam dewan... agak terpana sebentar apabila melihat kelibat Ustaz Don tadi.. bukannya apa, terkesima melihat cara pemakaiannya yang cukup korperat...huhu...

mengenakan kemeja hitam,bertali leher merah dan lengkap berkot..cukup encem ustaz tadi..ceramah tarasa sebantar sahaja tadi..tak kering gusi mendengar ceramah yang diberikan..

antaranya : selepas solat fardu amalkan membaca tahmid, tasbih dan juga takbir sebanyak 33x..kemudiam lengkapkan menjadi 100 dengan lailahaillah..InsyaAllah Allah akan ampunkan dosa kita sebelum2 ni..

memandangkan tajuk ceramah syurga ditelapaknya, jadi pekongsian tentang ibu la kan.. ustaz ada berpesan, jika ibubapa telah meninggal dunia, selesaikan hutang dan faraid mereka...kalau boleh harta tu buat la amal jariah di masjid-masjid dan sebagainya..semoga mereka mendapat pahala yang berterusan, InsyaAllah..kemudian barulah dibahagi-bahagikan...

ada juga Ustaz ceritakan tentang membalas jasa ibu, ada sehabat berjumpa Nabi Muhammad S.A.W berkata " adakah jasa ibu ku terbalas jika aku mengendongnya untuk melakukan tawaf?" nabi menjawab, "setitik susu pun belum tterbalas" ..MasyaAllah, betapa besarnya pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya..

Ustaz juga berpesan supaya jangan sesekali membuat ibumu terasa, kerana apabila terdetik mereka terasa dengan kita, celaka lah kamu..wallahhua'lam...jadi sentiasalah meminta ampun daripada ibubapa kita ye...

semoga dapat mengamalkan apa yang telah didengar dan semoga dapat menjadi anak yang solehah kepada kedua ibubapa..amin...






USTAZ DON di UMT :)

Tuesday 29 May 2012

KHAS BUAT EMAK...




just a simple video :)

Terima kasih mak dan abah sebab dah besarkan kami :)

Monday 28 May 2012

Ceramah..

Bismillah...


Hari ni kelas dibatalkan, baru nak hurey-hurey ada announce kne pergi dewan sebab ada talk...ok fine...
niat dihati memang malas nak pergi talk tu, tetiba shida msg bagitahu yang talk tu amik attendance dan kalu tak hadir, markah final di tolak..apekedehal nak libat final kan..geram-geram..grrrr..


jadi disebabkan hatiku yang baik ni, berjalan la dengan shida, faz dia tak balik U lagi..so, sesampai cari tempat duduk and sain kedatangan...and of course la dengar talk kan.. tapi tak bape nak dengar sebab mulut kami pun berbunyi sekali...hihihi..


tapi apa yang menarik dia cakap kat talk tu ialah pasal pekerjaan dan semestinya berkaitan dengan bidang kami..accounting.. Prof tu ada tunjuk jadual untuk orang yangkerja kat firm..bayangkan starting day untuk kerja pukul 7.30am dan habis pukul 11.00pm...memang takda life..everyday he said!!!!...


jadi memang memerlukan pengorbanan yang besar... bukan senang untuk bekerja, sebab kita akan deal dengan tanggungjawab yang dah diamanahkan...nak tak nak kena juga buat kan sebab kita ayng menentukan hala tuju kita...


The moral of the story : setiap pekerjaan yang kita lakukan hendaklah dilakukan dengan ikhlas dan bertanggungjawab kerana setiap apa yang kita lakukan akan dihisab dan semoga pekerjaan yang kita lakukan dapat membantu di akhirat kelak..selamat memilih perkerjaan yang betul dan Halal.. :)




                                                                                                                         *(^_^)*

Kisah dedulu....

Bismillah....

Yup, hari ni nak cerita pasal kisah ku dedulu...almaklum la dulu tak reti nak main tulis-tulis diari bagai 
(sekarangpunmemangtakretinaktulisdiari..huhuhu) memang tabik la dekat sapa yang memang boleh maintain tulis diari kat buku tiap-tiap hari..*TIAP-TIAP hari oke...

dulu penah berangan nak tulis diari...mungkin sebab niat tu berangan jadi tak penah nak istiqamah tulis diari..bukan kata seminggu sekali, sebulan sekali pun payah..yang rajinnya pada empat hari pertama..huhuhu..lepas tu diari kemana,orangnya pun kemana...

sama la kisah macam blog jugak...ingat zaman dah berubah..dan diari pun dah moden, boleh la nak tetapkan iman untuk taip setiap hari..*SETIAP HARI oke...tapi semuanya kelaut...niat bukan main ikhlas lagi,tapi xsama dengan perbuatan sungguh..

Sebab utama tak tulis blog ialah tak tahu nak tulis apa...perjalanan harian sama je rasa..nothing special...sebab otak yang Allah bagi ni mampu untuk mengingati detik-detik yang berlalu kot...tapi, part belajar belaka tak hinggat...

kekadang penah terpikir yang betul ke ada orang yang sanggup tulis diari hari-hari... ke hanya wujud dalam cerita fantasi bukan realiti..huhuhu..tapi biasanya kalau orang yang rajin tulis diari ni bila dia admire kat someone, dia akan tulis perkembangan orang tu, kalau nampak batang hidung pun mesti nak report kat sang diari, apatah lagi kalau orang tu cakap ke, selisih bahu ke, pinjamkan barang ke..eceh..mcm ayat hindustan pulak..

tapi yang pasti, daku tidak mempunyai diari... sekarang ada blog mungkin akan update jugak walaupun sebulan sekali sebab blog tak mungkin hilang melainkan terlupa password..kalau buku ni leceh sikit, nak kena main sorok-sorak, pastu tulisan kena cover jugak walaupun kita je baca..nanti kalau nak mengimbau kenangan tetiba tak faham pulak tulisan sendiri...tak ke harubiru jawabnya..

jadi kesimpulannya, kalau tak reti nak tulis diari..jangan berangan nak tulis diari...buat perabis duit beli diari dan nti diari tu jadi pekasam yang tak boleh dimakan....


Sunday 27 May 2012

Accounting........

Bismillah.....

Yup, entry kali ni nak citer pasal akaun... bukan I nak ngajar akaun ye, memang lambat lagi la kan... Just nak citer macam mana aku boleh terjebak dalam bidang yang always pegang kalkulator...huhuhu...

sangat admit yang bila kita deal dengan akaun, kalkulator secara aotomatik akan di iktiraf sebagai nyawa korang..WHY?? cuba la buat akaun tanpa guna Mr.K, confirm exam 3 jam akan digandakan menjadi enam jam...hahha over x??...

seriously, Mr.K memainkan peranan sangat penting apabila melibatkan bab kira-kira ni..puas kalu nak kira manual, juling biji mata wooo... 

Berbalik pada tujuan asal, aku deal dengan akaun sejak form4, sebab result PMR aku biasa-biasa je, jadi dush!!! cikgu hantar kelas akaun..aku pun terima dengan hati yang sangat terbuka..gila apa kalau tak nak terima,nanti nak belajar kat mane kan..so bermula la episod mengenal akaun disamping subjek-subjek yang lain..

Bila SPM, aku still tak dapat nak score tinggi-tinggi..tapi alhamdulillah semua lulus dan aku tak kredit BI dan +math... sedih jugak sebab bila BI tak kredit, susah nak apply U.. nak di jadikan cerita aku dapat tawaran buat Pra-dip dekat KPM..bukan Kementerian Pelajaran Malaysia ye, tapi KOLEJ PROFESSIONAL MARA.. fully MARA tanggung and dapat alaun lagi gitu..

Bila sambung Pra-dip ni, kami tak da kursus lagi..just untuk cukupkan syarat boleh further dip dekat situ.. alhamdulillah, aku dapat sambung dip dekat situ.. jadi masa untuk pilih course untuk dip nanti... aku memang aim nak further dekat area kuantan je memandangkan family aku dekat pahang..

KPM kuantan just provide 3diploma cources : English communication, Business networking and lastly ACCOUNTING... aku ni takda la teruja bila ada cource akaun kat situ walaupun aku ada basic akaun..sebab aku tak minat pun akaun, sebab kena Dush!! dengan cikgu time form4,gagahkan diri jugak...

so, aku buat pilihan amik akaun sebab takda dah pilihan yang lain..aku tolak english communication sebab sah-sah la aku tak berani nak take risk, dah la SPM just lulus, ada hati nak amik diploma english..so reject english..business network pulak sebab roomate aku time pra-dip ada amik kos ni, aku tengok dia belajar +math, sekali lagi bersandarkan result SPM aku yang hanya cukup-cukup makan untuk +math so REJECT...

pastu of course la tinggal akaun je..jadi nak tak nak aku pun apply untuk sambung diploma in accounting....Now believe it or not, dalam aku dok canang-canang kata tak da pilihan nak sambung dip. and terpaksa amik akaun bagai time diploma, now aku tangah buat BACHELOR IN ACCOUNTANCY...

macam tak percaya pun ada, aku berdoa agar jalan yang aku pilih ni betul dan diredhai Allah.. dan semoga ada hikmah disebaliknya..manala tahukan nanti aku jadi seorang ACCOUNTANT yang berjaya disamping buka banyak Audit firm kan...Amin...

Ya Allah permudahkan lah aku untuk menuntut ilmu dan halalkan la segala ilmu yang telah aku pelajari...amin


Saturday 26 May 2012

Dua minggu...

Bismillah....


Huh!!! macam tak caya ja yang minggu exam dah dekat, semakin aku lari, semakin dekat dia datang...memang la kan, masa mana ada mengundur...sentiasa maju kehadapan...


masa hanya akan kebelakang kalau masa yang dah direkod untuk tengok balik..memang masa tu boleh di undur, tapi kita memang TAK AKAN berada sekali lagi dimasa yang dah lepas... itu la sebabnya ada satu ungkapan '  masa yang yang sudah lepas tidak boleh diulang, jadi hargailah masa dengan sebaik-baiknya'..


jadual exam dah keluar..nervous sungguh...tapi dalam nervous-nervous ni, study tak jugak..haihh...kadang-kadang jelez dengan orang yang boleh motivate diri sendiri untuk study or buat something yang bagi kita tak mungkin kita akan buat, tapi sebab motivasi yang tinggi, boleh sahut cabaran...


sangat berharap untuk jadi seorang yang kuat motivasi dan boleh memotivasikan orang juga...Ya Allah, bantu lah hambaMu ini untuk menjadi seorang insan yang terbaik..

Selamat datang kertas soalan periksa...huhuhu


Friday 25 May 2012

Terima kasih Ya ALLAH...


Bismillah....

Tarikh hari ini merupakan tarikh salah seorang kesayangan dihatiku... tarikh dimana lahirnya seorang insan yang aku kagumi dan tiada galang gantinya didunia ini....

Ya....
Beliau seorang ANAK yang telah berjaya dibesarkan oleh ibubapanya,
Beliau seorang ADIK dan KAKAK yang baik dalam beradiknya,
Beliau seorang SAHABAT yang sentiasa berkongsi suka dan duka,
Beliau seorang ISTERI yang sangat setia kepada suaminya,
Beliau seorang IBU yang penyayang kepada anak-anaknya.

Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur kerana diberi kesempatan untuk dijaga oleh malaikat dunia..
dan sesungguhnya darjatnya begitu tinggi bahkan telah ditulis syurga terletak dibawah kakinya..

Ya Allah, ada tikanya aku terleka dan telah melukakan hatinya, ampunilah aku dan sentiasa ingatkan aku agar sentiasa menjaga hatinya seperti mana dirinya menjaga hatiku..

Tidak pernah diminta jasa dan pengorbanannya dibalas, hanya melihat kita menjadi orang berguna sudah mengembirakan hatinya..

Ya ALLAH, panjangkanlah umur ibuku, berikan lah kesihatan yang baik kepadanya, tetapkan lah imannya, limpahkan lah pahala kepadanya, lindungilah dirinya daripada perkara-perkara yang tidak diingini dan permudahkan la segala urusannya didunia dan diakhirat yang kekal abadi...AMIN..




saje amik gambar nie sbb posing lawa...hahaha








Wednesday 2 May 2012

Happy Labor Days'

Bismillah...

Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja-pekerja di Malaysia... hmm..kalu aku ni dah kerja kan seronok..dah boleh pegang duit sendiri, ntah-ntah dah boleh ada kereta sendiri..wahhh..seronoknya...

Tapi nak buat macamna dah aku masih lagi bergelar seorang mahasiswi diusia 23tahun... tak pa, sabar itu separuh daripada iman dan aku sangat yakin bahawa Allah telah tetapkan perjalanan yang baik untuk ku...(InsyaAllah.)...

Tadi masa tunggu nak jumpa lect ada kumpulan ex-student UMT datang untuk jumpa lect kat sini...(bagus sungguh )..mungkin ini adalah untuk menunjukkan penghargaan kepada lect.. tak banyak yang dibualkan sebab I n my friends kan pemalu tak bertempat...huhu..

Jadi tak da tanya pun pape kat diorang(sungguh tak mengambil kesempatan)..tapi mereka ada nasihat yang sekarang la kene score result..hmm,, kalu tangok result aku T_T... sedih kot..sem II ni tak tahu la..
harapan parents mesti lah nak tengok anak berjayakan...

ERK!!!!!

Terasa seperti dah kelaut pulak entry dalam nie...hahahaha....yang pasti nak bagitahu yang dunia belajar dan bekerja bagi aku adalah satu bidang yang sangat berbeza...dua- dua ada kelebihan dan kekurangannya...

nanti bila dah jadi pekerja mesti akan rindukan zaman belajar, jadi bila dah jadi pelajar ni kenalah mengabdikan kenangan yang manis supaya nanti boleh la mengenang-ngenang saat bahagia tu..hehehe


UNTUK ABAH, MOHD ARIFFEN BIN HJ MOHD SHAH,, SELAMAT HARI PEKERJA..(taun ni last sebab abah dan nak pencen) TERIMA KASIH ABAH SEBAB DAH BERUSAHA KERAS UNTUK MENCARI REZEKI UNTUK KELUARGAMU... SAYANG ABAH <3




my lovely mum, aku n my dad...

Monday 30 April 2012

2 weeks only...

Bismillah...

Pejam celik-pejam celik, dah tinggal 2 miggu saje masa yang ada untuk siapkan assignment...huhu...memamg terasa cuak juga sebab tak tahu nak proceed macamana... yang pasti semua ni kena siapkan dan kena fikir jawapan kan...

alhamdulillah poster untuk marketing dah siap print, tadi bawa jumpa Dr., tapi dia cakap kena ada tambah lagi.. okey, yang pasti ada masa lagi nak perbetulkan...

Ya Allah, permudahkan lah segala urusan ku ini...berikan lah aku ketenangan hati..Amin....

Sunday 29 April 2012

Bismillah...

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk membetulkan segala salah dan silap yang telah dilakukan didunia ini...

pada tanggal 21 April 2012, seorang sahabatku telah menamatkan zaman bujangnya... terasa kegembiraan apabila sahabat yang pernah sama-sama menuntut ilmu di Kuantan telah bertemu jodoh...

betul seperti yang pernah kita dengar sebelum ini, jodoh telah ditentukan oleh Allah SWT... banyak dugaan cinta yang dihadapi oleh sahabat ku ini.. akhirnya seorang lelaki berjaya membuktikan bahawa lelaki itulah jodoh yang telah dikirim oleh Allah...

Sangat cantik percaturan yang Allah tetapkan... sesungguhnya sabar adalah sangat penting dan hasilnya adalah sangat manis sekali...

FARAH WAHIDA BINTI WAHID... semoga kamu dan suami bahagia didunia dan diakhirat... semoga perhubungan kalian ini berkekalan hingga ke Jannah.. dan kamulah permata yang dicari oleh suamimu...

Agak sedih kerana tidak dapat hadir di majlis perkahwinannya.. tetapi doa dari seorang sahabat akan ku sentiasa kirimkan..InsyaAllah...


Cuaca

Bismillah...

alhamdulillah, baju di jemuran sudah kering..hahaha..macam ayat orang dedulu plak...

cuaca di Terengganu ni memang sangat menguji keimanan..huhu, sebab almaklumlah tinggal berdekatan dengan pantai, jadi angin dia pun angin panas..

bertambah dugaan bila kipas siling dalam bilik ni bak kata orang dedulu ' hidup segan, mati tak mahu'..Ya Allah, hanya tuhan je tahu perasaan ni...

kalau buat report pun bpe minggu nak di betulkan, aduan dari jiran2 pun ada dalam fb yang bagitahu kipas diorang tak digantikan lagi, walhal perkara ni dah lama diadukan kepada pihak yang bertanggungjawab..

alasan yang diberikan, hal berkaitan kipas ni diuruskan oleh syarikat luar, jadi nak tak nak kena tunggu pihak penguusan luar yang gantikan..

jadi tak nak sakit hati, lebih baik tak payah buat aduan..buat sakit hati menunggu bulan jatuh ke riba la jawabnya...

jadi sekarang ni kalau nak buat kerja surau la jawabnya...terasa jahat pulak, bila nak buat kerja baru la nak pegi surau... takpa, kekadang ada jugak pergi solat dekat surau...kat surau sejuk woo...belambak kipas, tapi haku kan seorang yang berjimat cermat, xsuka tau membazir-menbazir ni...xsuka..xsuka..ok...

okey, nak bersiap pergi kelas pukul 9.00pg nie... kelas economics 2jam..kelas kul 8.00 tadi cancel sebab lecturer baru balik Malaysia hari ni( dia pergi buat umrah) ..alhamdulillah selesai ibadah dia..haku bila lagi kan...

Ya Allah, permudahkan la urusan ku dan keluargaku...berikan lah kami rezeki untuk pergi ke menziarahi makam Nabi Muhammad S.A.W dan para Sahabat..amin..

Thursday 26 April 2012

telepon telinga...

Bismillah...

Hari nie hari khamis, jadi dah dua hari aku guna telepon telinga ni..huhu... bahasa mudahnya ' earphone'...

kebetulan dekat UMT ni ada buka expo so rembat la satu... I choose white colour you( biar perasan korea sikit)...huhuhu, tak tahu la ape motifku bila fully white je mesti perasan Korea gitu, nk kata bendera korea banyak putih, memang pun kan...

Hahaha... sebenarnya diri ni dah terkena jangkitan cerita korea... ada hero dalam cerita tu pakai banyak barang warna putih, jadi nampak smart... jadi nak perasan diri ni smart la juga maksudnya...

Alhamdulillah, rembat earphone je, kalau tak nak rembat macam-macam..tapi istifar banyak-banyak dulu sambil main jeling-jeling dengan duit dalam purse...huhuhu...

Pape pun harap dapat guna dengan baik dan panjang la usia earphone ni dengan ku...Amin....


Ya Allah, permudahkan lah segala urusan ku didunia dan diakhirat..Amin..

Wednesday 25 April 2012

Mid term...

Bismillah...



Nampaknya baru seminggu menjawab kertas mid term sem ni...harapan tak letak tinggi pun, sebab rasa tak perform betul-betul..rasa sedih je bila kenangkan mid-term ni...


ya Allah..bantulah hambamu ini.. tenangkan la hatiku...permudahkan la segala urusan ku didunia dan diakhirat..


pernah juga terasa dowm, memikirkan kos akaun dekat UMT ni 4 tahun, dah la tak da short sem..hmm...
memang akan banyak habiskan masa dekat terengganu...


tp bak kata adik dan kawan-kawan, dah mulakan langkah untuk sambung ijazah, jadi teruskan je lah..Allah nak duga umatnya dan insyaAllah ada hikmah yang baik yang tersembunyi..Amin..

Sunday 22 April 2012

To do list..

Bismillah....

mcm kat enrty sebelum nie, dah bgthu as student mmg tak boleh lari dari tugasan kan... tak rock la kalau tak da  assignment untuk dimain kejar-kejar kan... hahaha, kejar-kejar untuk siapkan sebab due date dah dekat...

haih..bila la nk berubah dari buat kerja last minute....Ya Allah tolong la hambamu ini....

1. assignment management
2. assignment microeconomic
3. assignment organisation behavior
4. study untuk quiz math( sbb lect detact org tiru utk totorial) grrr...


harap semua siap awal and mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pendidik kesayangan..hehhehehe 

Saturday 14 April 2012

alhamdulillah

bismillah..

alhamdulillah telah selamat sampay di terengganu pukul 3lebih..
alhamdulillah sebab ada van dah tunggu dan sempat untuk naik van tersebut, jadi tak perlu menunggu lama..

sekarang perlu study untuk mid-term..balik cuti sempat study math dan tax..
semoga Allah permudahkan urusan ku untuk menuntut ilmu...

Ya Allah, kau permudahkan la ku untuk menuntut ilmu, berilah ingatan yang baik dan tenangkan lah hati ku ini..Amin..

Wednesday 28 March 2012

Taxation..

Bismillah...

hari ni presentation tax.. xsempat present hari ni jadi kena present esok...
nervous2 sebab rasa macam tajuk yang diberikan complicated..huhuhu...

ok, nak pergi bilik shida, nak buat slide...  sentiasa berdoa semoga esok berjalan dengan lancar...AMIN...

Ya Allah bantulah hambamu ini..

Tuesday 27 March 2012

Assigment oh assignment.....

Bismillah....

Kepada sesiapa yang pernah belajar ekonomi mesti pernah belajar mengenai barang penganti dan barang pelengkap... contoh barang penlengkap ----> kereta dan minyak, filem dan kamera dan sebagainye... maksudnya dua2 barang diperlukan untuk menggunakan nya atau untuk berfungsi... dah kalau jenis jam guna bateri, tapi baterinya tak ada... bukan ke tak berfungsi jam tu...buat rugi duit je beli...

Barang penganti pula, barang yang kita boleh buat pilihan samada nak guna yang mana satu mengikut keadaan dan kesukaan kita la...contohnya ----> milo dan vico, laptop dan PC dan sebagainya...nampak tak perbezaan antara kedua2 jenis konsep tu?

Macam juga dengan pelajar, tak kisah la pelajar sekolah rendah ke, menengah ke, kolej ke ataupun universiti.. mereka tetap tak boleh lari dengan kerja sekolah mahupun assigment... assigment nie boleh dikategorikan sebagai barang pelengkap kepada student.. jadi nak tak nak memang kena buat assingment sebab kalu tak buat, xdapat markah, kalau xdapat markah, carrymark ckit, bila carrymark sikit, final pun ntah kemana, bila final ntah ke mana jawapnya repeat paper, bila daah repeat paper, dah membazir masa, bila dah membazir masa, usia pun bertambah tua..okie stop...tak habis kalau nak smbung2 nie...

Sinopsisnya, kena la buat assignment walaupun banyak dan rasa macam tak cukup masa nak buat... 
sayangi lah assignment anda seperti menyayangi diri sendiri... sebab semuanya terletak di tangan kita untuk berusaha menjadi lebih baik..kan...

Dekat softboard dah tertulis ada tiga assignment menunggu...xpa dalila, buat slow2.. awak x-dip so banyak masa yang terluang... semoga Allah buang sifat MALAS dan datangkan sifat RAJIN dalam diri ni..amin..


Saturday 24 March 2012

Bismillah...


Tahniah adik diatas kejayaan dalam SPM 2011.. adik dah banggakan family tau...
mungkin bagi adik result yang adik dapat x mencapai target yang adik impikan..tp bagi akak, pencapaian adik tu dah terbaik...

Sekarang adik tengah confius nk sambung mana, apeyang akak boleh buat akak doakan adik diberi jalan oleh Allah untuk membuat keputusan yang terbaik..

Akak agak sedih sebab tak dapat nak sumbangkan apa-apa untuk ringankan awak memilih course untuk awak sambung.. tp mungkin satu hari nanti akak boleh berjasa dekat awak kan..( waaa..tetiba kat hostel umt ni ada air terjun) hahahaha...

nanti akak try tnya pendapat kawan-kawan akk ye.. jangan serabut-serabut tau....


 <3 AKAK SAYANG ADIK <3



Nie adik kesayangan saya <3




Friday 23 March 2012

WORLD !!! I HAVE MY OWN _ _ _ _ _ _....

Bismillah...

Hehehe..tajuk nk teka-teki pulak kan...

Alhamdulillah..minggu lepas merupakan minggu terakhirku memegang Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M).. Dek kerana masa tu baki masih ada Rm 50, ku mengira-ngira sama ada nak beli peralatan komputer ataupun buku... sebab kebetulan dekat UMT ni ada expo kecil yang menjual buku dan alatan komputer..termasuk juga baju2, tudung, beg, dan macam2 lagi la...boleh rambang mata..tapi, alhamdulillah sebagai budak akaun, pandai manage duit adalah sangat penting..huee..

So,  berkata la daku kepada rakan2 ku...ape kate kita pikir dlu ape yang nk di beli, so hari 1st nie kita cuci mata yang x berapa nk berhabuk nie...so diaorang pun set..jadi kami pun berjalan2..hahaha..

Bila dah balik hostel, buat istikharah semua(ok nie tipu)... tanya parents...so decide nk beli novel..sebab2 utama, kat sini tak boleh nak tawar-menawar... T_T ..okeh mungkin tak mewarisi bakat tawar-menawar dari mak..huhu..so mak, nanti akk nak menuntut ye..heee..

buku xbeli pun kat expo kecilan tu, juz beli dekat book garden terchintah...hehehe...
angkut 2 buah novel, A4 paper n reinforcement ring..yeah..cukup rm 50...

tajuk novel akan diceritakan kelak..hehehe...

apapun...WORLD!!!! I HAVE MY OWN NOVELS...!!!! HOYEEEeeeeehhhhh...

Sunday 11 March 2012

ARGH..!!!

Bismillah...

TENSIONNNN!!!!!!!!!!   dah tulis post panjang2 tetiba terpadam...mmg sgt mencabar keimanan...

K. BYEE...

Wednesday 7 March 2012

rent house...

Bismillah...

Sekarang bru msuk minggu ke-3, tp ramai dah berlumba2 untuk menawan ati m.cik n p.cik y menyewakan rumah..huhu..
semoga dipermudahkan urusan untuk dapat umah sewa y murah n dkt dgn U...AMINN...

Thursday 1 March 2012

Bismillah..

alhmdulillah jdoh hp ku lama lg...hehe..
td secara tdk sgja tertinggl hp dlm kelas..dah jln beribu btu bru perasan hp tinggl coz
dia tpon shida gtau yg hp t'tgl..huhu

pas2 kene la jln blik g kelas..huhu
n kene tgu plak kat luar kelas sbb diorg tgh test...
wlaupun hp 2 hp biasa, sgt la berharge..

MORAL OF THE STORY...

 b4 kuar kelas,,cek dlu tmpat duduk, bwh krusi bgai...
so xda la brg t'tggl lgi n rajin2 g menapak blik kat kelas..
n hr ni kelas cuma 1 jam setengah je coz hr ujan so lect bg keluar awl
so boleh lepaking smbil mkn cekodok panas... HOYEeeh....

Tuesday 28 February 2012

Bismillah...

hari ni mcm biasa, xsama dgn hr semalam..kelas start kul 10pg so siap2 dlm kul 9pg..
naik van kuning, pergh..td mmg mcm terasa kat India coz ddk berhimpit2 dlm van tu..
nk guna perumpamaan tin sardin dah xblh sbb skrng ni tgk ikan2 dlm tin mcm 2 blh bernfas je lg..hehe.



Pkl 5ptg ni ada kelas Biz. Math plak...mmg rjin sunggh lect2 skung nie..kalu ikut standrt keje kul 5 org balik keje sudh.. tp ktaorg berSEMANGAT nk g beljr..huhu.. tp pape pun bersandar pada niat..insyaAllah kalu niat baik untuk belajar, kita akan dapat apa yang kita cri selama ni...


oh ya..td time bli mkn kat kdai luar, order la teh peng bungkus..then, amik la lauk untuk tgahari..mse nk byr inform la kt kakak tu cmpur sekali ngan air td, pas2 amik la air tu..then kne la Rm 4.70...tgh tgu shida n faz g kdai runcit, kakak 2 tnya teh peng kan td..so angguk la..ingatkan akk tu salah kira ke apa..then masa nk blik akk 2 pgil suh amik air..aik, pas2 ckp la kt akk 2 air dah amik td..xpsl2 akk tu buat muka.. APA SALAHKU??? n then jln buat donno je..huhu..



Jalan menuju ke kelas biz. math...huhu

Monday 27 February 2012

1ST class..

Bismillah..

1ST CLASS??
dpt voucher vvip ker? nononono....
hari ni 1st day attend cluz mlm tuk this sem... b4 nie xpenah pun ade cluz mlm..so mlm nie dpt merehatkan minda dgn angin mlm yg mendayu2..huhuhu..Organizational Behavior (OB) cluz..yuppy yup,
mjur 1 hour je.. kalu berhour2 cmfrm jmpi serph dah kt dlm cluz td..huhu
voucher still xgune lg..next week kta pulun bku2 yg nk gune kt book garden 2.. HOYEeeh..

Sunday 26 February 2012

hati y berbunge2..


Alhamdulillah...
my wish utk ada blog dah tercpai..
wlaupun nk create blog ni xsmpai sehari, tp stil t'tnguh2..
ni semua penangan my lil sis y suh wat e-diary..
ok.. i did it..  HOYEeeh!!