Sunday 25 November 2012

Konvo..

Bismillah..

        Alhamdulillah selesai sudah konvo untuk tahun ni. walaupun tak terlibat secara langsung untuk majlis berprestij ni, tapi ada juga terlibat secara tidak langsung dalam majlis ni..masakan tidak,sepupu beza 3hari meraikan kemenangan selepas 3tahun berhempas pulas untuk menggengam segulung ijazah...

        gembira bila melihat mereka yang memakai jubah konvokesyen tadi..senyuman tak lekang dari wajah mereka. diri ini turut tersenyum bila teringat kenangan konvo semasa diploma dulu.. Kegembiraan yang dikongsi oleh keluarga tersayang..

          InsyaAllah jika tiada aral melintang, selepas 4tahun menimba ilmu di bumi darul iman ini akan kubawa segulung ijazah untuk mereka..sesungguhnya kesabaran itu amat pahit, tetapi kesudahan daripada sebuah kesabaran adalah sangat manis =) ..

Ya Allah, sesungguhnya engkau maha mengetahui apa yang ada didepan, maka perelokkan lah jalan ku menuju redhoMu.. Permudahkanlah segala urusan ku, kedua ibubapaku, ahli keluargaku, guru-guruku, rakan-rakanku, saudara-saudaraku didunia dan diakhirat..Amin...