Sunday, 29 April 2012

Bismillah...

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk membetulkan segala salah dan silap yang telah dilakukan didunia ini...

pada tanggal 21 April 2012, seorang sahabatku telah menamatkan zaman bujangnya... terasa kegembiraan apabila sahabat yang pernah sama-sama menuntut ilmu di Kuantan telah bertemu jodoh...

betul seperti yang pernah kita dengar sebelum ini, jodoh telah ditentukan oleh Allah SWT... banyak dugaan cinta yang dihadapi oleh sahabat ku ini.. akhirnya seorang lelaki berjaya membuktikan bahawa lelaki itulah jodoh yang telah dikirim oleh Allah...

Sangat cantik percaturan yang Allah tetapkan... sesungguhnya sabar adalah sangat penting dan hasilnya adalah sangat manis sekali...

FARAH WAHIDA BINTI WAHID... semoga kamu dan suami bahagia didunia dan diakhirat... semoga perhubungan kalian ini berkekalan hingga ke Jannah.. dan kamulah permata yang dicari oleh suamimu...

Agak sedih kerana tidak dapat hadir di majlis perkahwinannya.. tetapi doa dari seorang sahabat akan ku sentiasa kirimkan..InsyaAllah...


No comments:

Post a Comment