Wednesday, 30 May 2012

Ustaz Don

Bismillah...

Alhamdulillah tadi berkesempatan untuk mendengar ceramah daripada seorang pendakwah yang berjiwa muda dan menggunakan pendekatan yang sangat bagus untuk mendekati pemuda dan pemudi...

Majlis bermula pada pukul 9.30 pagi, sementara menunngu kedatangan Ustaz Don..kami disajikan dengan alunan nasyid daripada kumpulan Ilham UMT.. kumpulan yang terdiri daripada 5orang anak muda..

tepat 10pagi, Ustaz Don diiringi oleh urus setia majlis masuk ke dalam dewan... agak terpana sebentar apabila melihat kelibat Ustaz Don tadi.. bukannya apa, terkesima melihat cara pemakaiannya yang cukup korperat...huhu...

mengenakan kemeja hitam,bertali leher merah dan lengkap berkot..cukup encem ustaz tadi..ceramah tarasa sebantar sahaja tadi..tak kering gusi mendengar ceramah yang diberikan..

antaranya : selepas solat fardu amalkan membaca tahmid, tasbih dan juga takbir sebanyak 33x..kemudiam lengkapkan menjadi 100 dengan lailahaillah..InsyaAllah Allah akan ampunkan dosa kita sebelum2 ni..

memandangkan tajuk ceramah syurga ditelapaknya, jadi pekongsian tentang ibu la kan.. ustaz ada berpesan, jika ibubapa telah meninggal dunia, selesaikan hutang dan faraid mereka...kalau boleh harta tu buat la amal jariah di masjid-masjid dan sebagainya..semoga mereka mendapat pahala yang berterusan, InsyaAllah..kemudian barulah dibahagi-bahagikan...

ada juga Ustaz ceritakan tentang membalas jasa ibu, ada sehabat berjumpa Nabi Muhammad S.A.W berkata " adakah jasa ibu ku terbalas jika aku mengendongnya untuk melakukan tawaf?" nabi menjawab, "setitik susu pun belum tterbalas" ..MasyaAllah, betapa besarnya pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya..

Ustaz juga berpesan supaya jangan sesekali membuat ibumu terasa, kerana apabila terdetik mereka terasa dengan kita, celaka lah kamu..wallahhua'lam...jadi sentiasalah meminta ampun daripada ibubapa kita ye...

semoga dapat mengamalkan apa yang telah didengar dan semoga dapat menjadi anak yang solehah kepada kedua ibubapa..amin...






USTAZ DON di UMT :)

No comments:

Post a Comment