Friday, 25 May 2012

Terima kasih Ya ALLAH...


Bismillah....

Tarikh hari ini merupakan tarikh salah seorang kesayangan dihatiku... tarikh dimana lahirnya seorang insan yang aku kagumi dan tiada galang gantinya didunia ini....

Ya....
Beliau seorang ANAK yang telah berjaya dibesarkan oleh ibubapanya,
Beliau seorang ADIK dan KAKAK yang baik dalam beradiknya,
Beliau seorang SAHABAT yang sentiasa berkongsi suka dan duka,
Beliau seorang ISTERI yang sangat setia kepada suaminya,
Beliau seorang IBU yang penyayang kepada anak-anaknya.

Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur kerana diberi kesempatan untuk dijaga oleh malaikat dunia..
dan sesungguhnya darjatnya begitu tinggi bahkan telah ditulis syurga terletak dibawah kakinya..

Ya Allah, ada tikanya aku terleka dan telah melukakan hatinya, ampunilah aku dan sentiasa ingatkan aku agar sentiasa menjaga hatinya seperti mana dirinya menjaga hatiku..

Tidak pernah diminta jasa dan pengorbanannya dibalas, hanya melihat kita menjadi orang berguna sudah mengembirakan hatinya..

Ya ALLAH, panjangkanlah umur ibuku, berikan lah kesihatan yang baik kepadanya, tetapkan lah imannya, limpahkan lah pahala kepadanya, lindungilah dirinya daripada perkara-perkara yang tidak diingini dan permudahkan la segala urusannya didunia dan diakhirat yang kekal abadi...AMIN..




saje amik gambar nie sbb posing lawa...hahaha








3 comments:

  1. amin... :D
    so touched~ heuw3

    ReplyDelete
  2. adik: hahaha, akk yang tulis ni bpe kali dah kesat air mata..hahaha...cover sebab takut nanti roomate perasan nagis..

    ReplyDelete