bismillah...
Hari ni rasa nak kongsi pasal hati..kalu x jaga hati, mati la jawabnya..
hati jugak melibatkan perasaan..dari mata turun ke hati..macam tu jugak aku..bila aku mula suka pada seorang lelaki.. dia orang pertama yang aku admire dan dalam masa yang sama dia pun nak kawan dengan aku..
Adakah itu tandanya JODOH?? bila dua pihak mencari jalan untuk memulakan langkah perkenalan...dulu bagi aku tu jodoh..hahha..tapi sebenarnya ia tak menjanjikan apa-apa walaupun dua-dua pihak memulakan perkenalan.. walaupun aku dan si dia tak lagi berhubung..aku tetap akan ingat dia sehinggalah aku berjumpa dengan tulang rusukku, barulah aku akan melupakan dia..
bukan bermakna aku tak nak melupakan dia sekarang, tapi aku sedang mencuba..selaepas aku tidak lagi memikirkan tentang dirinya, dia munculkan diri..betul, waktu dia muuncul semula adalah satu keadaan yang xdapat aku bayangkan..sangat gembira, tapi bila fikirkan yang dia menghilangkan diri secara tiba-tiba, perasaan gembira tu beransur hilang..sekarang dia pergi lagi dan aku tidak lagi mengharapkan kemunculannya lagi..biarlah dia tersimpan dalam lipatan sejarah aku yang tak mungkin akan berulang lagi..tapi kenangan sebentar aku dan dia adalah keindahn yang tak mungkin aku lupakan..
walaupun aku mungkin tak lagi akan mendapat khabar darinya, tapi aku percaya yang dia akan hidup bahagia kerana gadis yang sekarang menjadi hatinya sangat menyayangi dia..semoga Allah merahmati perhubungan kalian..aku hanya mampu berdoa yang terbaik..terima kasih Ya Allah terima kasih kerana menemukan aku dengannya dan memisahkan aku dengannya kerana aku tahu ada hikamah disebalik apa yang telah Engkau suratkan..AMIN..
No comments:
Post a Comment