Wednesday, 30 May 2012

Ustaz Don

Bismillah...

Alhamdulillah tadi berkesempatan untuk mendengar ceramah daripada seorang pendakwah yang berjiwa muda dan menggunakan pendekatan yang sangat bagus untuk mendekati pemuda dan pemudi...

Majlis bermula pada pukul 9.30 pagi, sementara menunngu kedatangan Ustaz Don..kami disajikan dengan alunan nasyid daripada kumpulan Ilham UMT.. kumpulan yang terdiri daripada 5orang anak muda..

tepat 10pagi, Ustaz Don diiringi oleh urus setia majlis masuk ke dalam dewan... agak terpana sebentar apabila melihat kelibat Ustaz Don tadi.. bukannya apa, terkesima melihat cara pemakaiannya yang cukup korperat...huhu...

mengenakan kemeja hitam,bertali leher merah dan lengkap berkot..cukup encem ustaz tadi..ceramah tarasa sebantar sahaja tadi..tak kering gusi mendengar ceramah yang diberikan..

antaranya : selepas solat fardu amalkan membaca tahmid, tasbih dan juga takbir sebanyak 33x..kemudiam lengkapkan menjadi 100 dengan lailahaillah..InsyaAllah Allah akan ampunkan dosa kita sebelum2 ni..

memandangkan tajuk ceramah syurga ditelapaknya, jadi pekongsian tentang ibu la kan.. ustaz ada berpesan, jika ibubapa telah meninggal dunia, selesaikan hutang dan faraid mereka...kalau boleh harta tu buat la amal jariah di masjid-masjid dan sebagainya..semoga mereka mendapat pahala yang berterusan, InsyaAllah..kemudian barulah dibahagi-bahagikan...

ada juga Ustaz ceritakan tentang membalas jasa ibu, ada sehabat berjumpa Nabi Muhammad S.A.W berkata " adakah jasa ibu ku terbalas jika aku mengendongnya untuk melakukan tawaf?" nabi menjawab, "setitik susu pun belum tterbalas" ..MasyaAllah, betapa besarnya pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya..

Ustaz juga berpesan supaya jangan sesekali membuat ibumu terasa, kerana apabila terdetik mereka terasa dengan kita, celaka lah kamu..wallahhua'lam...jadi sentiasalah meminta ampun daripada ibubapa kita ye...

semoga dapat mengamalkan apa yang telah didengar dan semoga dapat menjadi anak yang solehah kepada kedua ibubapa..amin...






USTAZ DON di UMT :)

Tuesday, 29 May 2012

KHAS BUAT EMAK...




just a simple video :)

Terima kasih mak dan abah sebab dah besarkan kami :)

Monday, 28 May 2012

Ceramah..

Bismillah...


Hari ni kelas dibatalkan, baru nak hurey-hurey ada announce kne pergi dewan sebab ada talk...ok fine...
niat dihati memang malas nak pergi talk tu, tetiba shida msg bagitahu yang talk tu amik attendance dan kalu tak hadir, markah final di tolak..apekedehal nak libat final kan..geram-geram..grrrr..


jadi disebabkan hatiku yang baik ni, berjalan la dengan shida, faz dia tak balik U lagi..so, sesampai cari tempat duduk and sain kedatangan...and of course la dengar talk kan.. tapi tak bape nak dengar sebab mulut kami pun berbunyi sekali...hihihi..


tapi apa yang menarik dia cakap kat talk tu ialah pasal pekerjaan dan semestinya berkaitan dengan bidang kami..accounting.. Prof tu ada tunjuk jadual untuk orang yangkerja kat firm..bayangkan starting day untuk kerja pukul 7.30am dan habis pukul 11.00pm...memang takda life..everyday he said!!!!...


jadi memang memerlukan pengorbanan yang besar... bukan senang untuk bekerja, sebab kita akan deal dengan tanggungjawab yang dah diamanahkan...nak tak nak kena juga buat kan sebab kita ayng menentukan hala tuju kita...


The moral of the story : setiap pekerjaan yang kita lakukan hendaklah dilakukan dengan ikhlas dan bertanggungjawab kerana setiap apa yang kita lakukan akan dihisab dan semoga pekerjaan yang kita lakukan dapat membantu di akhirat kelak..selamat memilih perkerjaan yang betul dan Halal.. :)




                                                                                                                         *(^_^)*

Kisah dedulu....

Bismillah....

Yup, hari ni nak cerita pasal kisah ku dedulu...almaklum la dulu tak reti nak main tulis-tulis diari bagai 
(sekarangpunmemangtakretinaktulisdiari..huhuhu) memang tabik la dekat sapa yang memang boleh maintain tulis diari kat buku tiap-tiap hari..*TIAP-TIAP hari oke...

dulu penah berangan nak tulis diari...mungkin sebab niat tu berangan jadi tak penah nak istiqamah tulis diari..bukan kata seminggu sekali, sebulan sekali pun payah..yang rajinnya pada empat hari pertama..huhuhu..lepas tu diari kemana,orangnya pun kemana...

sama la kisah macam blog jugak...ingat zaman dah berubah..dan diari pun dah moden, boleh la nak tetapkan iman untuk taip setiap hari..*SETIAP HARI oke...tapi semuanya kelaut...niat bukan main ikhlas lagi,tapi xsama dengan perbuatan sungguh..

Sebab utama tak tulis blog ialah tak tahu nak tulis apa...perjalanan harian sama je rasa..nothing special...sebab otak yang Allah bagi ni mampu untuk mengingati detik-detik yang berlalu kot...tapi, part belajar belaka tak hinggat...

kekadang penah terpikir yang betul ke ada orang yang sanggup tulis diari hari-hari... ke hanya wujud dalam cerita fantasi bukan realiti..huhuhu..tapi biasanya kalau orang yang rajin tulis diari ni bila dia admire kat someone, dia akan tulis perkembangan orang tu, kalau nampak batang hidung pun mesti nak report kat sang diari, apatah lagi kalau orang tu cakap ke, selisih bahu ke, pinjamkan barang ke..eceh..mcm ayat hindustan pulak..

tapi yang pasti, daku tidak mempunyai diari... sekarang ada blog mungkin akan update jugak walaupun sebulan sekali sebab blog tak mungkin hilang melainkan terlupa password..kalau buku ni leceh sikit, nak kena main sorok-sorak, pastu tulisan kena cover jugak walaupun kita je baca..nanti kalau nak mengimbau kenangan tetiba tak faham pulak tulisan sendiri...tak ke harubiru jawabnya..

jadi kesimpulannya, kalau tak reti nak tulis diari..jangan berangan nak tulis diari...buat perabis duit beli diari dan nti diari tu jadi pekasam yang tak boleh dimakan....


Sunday, 27 May 2012

Accounting........

Bismillah.....

Yup, entry kali ni nak citer pasal akaun... bukan I nak ngajar akaun ye, memang lambat lagi la kan... Just nak citer macam mana aku boleh terjebak dalam bidang yang always pegang kalkulator...huhuhu...

sangat admit yang bila kita deal dengan akaun, kalkulator secara aotomatik akan di iktiraf sebagai nyawa korang..WHY?? cuba la buat akaun tanpa guna Mr.K, confirm exam 3 jam akan digandakan menjadi enam jam...hahha over x??...

seriously, Mr.K memainkan peranan sangat penting apabila melibatkan bab kira-kira ni..puas kalu nak kira manual, juling biji mata wooo... 

Berbalik pada tujuan asal, aku deal dengan akaun sejak form4, sebab result PMR aku biasa-biasa je, jadi dush!!! cikgu hantar kelas akaun..aku pun terima dengan hati yang sangat terbuka..gila apa kalau tak nak terima,nanti nak belajar kat mane kan..so bermula la episod mengenal akaun disamping subjek-subjek yang lain..

Bila SPM, aku still tak dapat nak score tinggi-tinggi..tapi alhamdulillah semua lulus dan aku tak kredit BI dan +math... sedih jugak sebab bila BI tak kredit, susah nak apply U.. nak di jadikan cerita aku dapat tawaran buat Pra-dip dekat KPM..bukan Kementerian Pelajaran Malaysia ye, tapi KOLEJ PROFESSIONAL MARA.. fully MARA tanggung and dapat alaun lagi gitu..

Bila sambung Pra-dip ni, kami tak da kursus lagi..just untuk cukupkan syarat boleh further dip dekat situ.. alhamdulillah, aku dapat sambung dip dekat situ.. jadi masa untuk pilih course untuk dip nanti... aku memang aim nak further dekat area kuantan je memandangkan family aku dekat pahang..

KPM kuantan just provide 3diploma cources : English communication, Business networking and lastly ACCOUNTING... aku ni takda la teruja bila ada cource akaun kat situ walaupun aku ada basic akaun..sebab aku tak minat pun akaun, sebab kena Dush!! dengan cikgu time form4,gagahkan diri jugak...

so, aku buat pilihan amik akaun sebab takda dah pilihan yang lain..aku tolak english communication sebab sah-sah la aku tak berani nak take risk, dah la SPM just lulus, ada hati nak amik diploma english..so reject english..business network pulak sebab roomate aku time pra-dip ada amik kos ni, aku tengok dia belajar +math, sekali lagi bersandarkan result SPM aku yang hanya cukup-cukup makan untuk +math so REJECT...

pastu of course la tinggal akaun je..jadi nak tak nak aku pun apply untuk sambung diploma in accounting....Now believe it or not, dalam aku dok canang-canang kata tak da pilihan nak sambung dip. and terpaksa amik akaun bagai time diploma, now aku tangah buat BACHELOR IN ACCOUNTANCY...

macam tak percaya pun ada, aku berdoa agar jalan yang aku pilih ni betul dan diredhai Allah.. dan semoga ada hikmah disebaliknya..manala tahukan nanti aku jadi seorang ACCOUNTANT yang berjaya disamping buka banyak Audit firm kan...Amin...

Ya Allah permudahkan lah aku untuk menuntut ilmu dan halalkan la segala ilmu yang telah aku pelajari...amin


Saturday, 26 May 2012

Dua minggu...

Bismillah....


Huh!!! macam tak caya ja yang minggu exam dah dekat, semakin aku lari, semakin dekat dia datang...memang la kan, masa mana ada mengundur...sentiasa maju kehadapan...


masa hanya akan kebelakang kalau masa yang dah direkod untuk tengok balik..memang masa tu boleh di undur, tapi kita memang TAK AKAN berada sekali lagi dimasa yang dah lepas... itu la sebabnya ada satu ungkapan '  masa yang yang sudah lepas tidak boleh diulang, jadi hargailah masa dengan sebaik-baiknya'..


jadual exam dah keluar..nervous sungguh...tapi dalam nervous-nervous ni, study tak jugak..haihh...kadang-kadang jelez dengan orang yang boleh motivate diri sendiri untuk study or buat something yang bagi kita tak mungkin kita akan buat, tapi sebab motivasi yang tinggi, boleh sahut cabaran...


sangat berharap untuk jadi seorang yang kuat motivasi dan boleh memotivasikan orang juga...Ya Allah, bantu lah hambaMu ini untuk menjadi seorang insan yang terbaik..

Selamat datang kertas soalan periksa...huhuhu


Friday, 25 May 2012

Terima kasih Ya ALLAH...


Bismillah....

Tarikh hari ini merupakan tarikh salah seorang kesayangan dihatiku... tarikh dimana lahirnya seorang insan yang aku kagumi dan tiada galang gantinya didunia ini....

Ya....
Beliau seorang ANAK yang telah berjaya dibesarkan oleh ibubapanya,
Beliau seorang ADIK dan KAKAK yang baik dalam beradiknya,
Beliau seorang SAHABAT yang sentiasa berkongsi suka dan duka,
Beliau seorang ISTERI yang sangat setia kepada suaminya,
Beliau seorang IBU yang penyayang kepada anak-anaknya.

Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur kerana diberi kesempatan untuk dijaga oleh malaikat dunia..
dan sesungguhnya darjatnya begitu tinggi bahkan telah ditulis syurga terletak dibawah kakinya..

Ya Allah, ada tikanya aku terleka dan telah melukakan hatinya, ampunilah aku dan sentiasa ingatkan aku agar sentiasa menjaga hatinya seperti mana dirinya menjaga hatiku..

Tidak pernah diminta jasa dan pengorbanannya dibalas, hanya melihat kita menjadi orang berguna sudah mengembirakan hatinya..

Ya ALLAH, panjangkanlah umur ibuku, berikan lah kesihatan yang baik kepadanya, tetapkan lah imannya, limpahkan lah pahala kepadanya, lindungilah dirinya daripada perkara-perkara yang tidak diingini dan permudahkan la segala urusannya didunia dan diakhirat yang kekal abadi...AMIN..




saje amik gambar nie sbb posing lawa...hahaha








Wednesday, 2 May 2012

Happy Labor Days'

Bismillah...

Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja-pekerja di Malaysia... hmm..kalu aku ni dah kerja kan seronok..dah boleh pegang duit sendiri, ntah-ntah dah boleh ada kereta sendiri..wahhh..seronoknya...

Tapi nak buat macamna dah aku masih lagi bergelar seorang mahasiswi diusia 23tahun... tak pa, sabar itu separuh daripada iman dan aku sangat yakin bahawa Allah telah tetapkan perjalanan yang baik untuk ku...(InsyaAllah.)...

Tadi masa tunggu nak jumpa lect ada kumpulan ex-student UMT datang untuk jumpa lect kat sini...(bagus sungguh )..mungkin ini adalah untuk menunjukkan penghargaan kepada lect.. tak banyak yang dibualkan sebab I n my friends kan pemalu tak bertempat...huhu..

Jadi tak da tanya pun pape kat diorang(sungguh tak mengambil kesempatan)..tapi mereka ada nasihat yang sekarang la kene score result..hmm,, kalu tangok result aku T_T... sedih kot..sem II ni tak tahu la..
harapan parents mesti lah nak tengok anak berjayakan...

ERK!!!!!

Terasa seperti dah kelaut pulak entry dalam nie...hahahaha....yang pasti nak bagitahu yang dunia belajar dan bekerja bagi aku adalah satu bidang yang sangat berbeza...dua- dua ada kelebihan dan kekurangannya...

nanti bila dah jadi pekerja mesti akan rindukan zaman belajar, jadi bila dah jadi pelajar ni kenalah mengabdikan kenangan yang manis supaya nanti boleh la mengenang-ngenang saat bahagia tu..hehehe


UNTUK ABAH, MOHD ARIFFEN BIN HJ MOHD SHAH,, SELAMAT HARI PEKERJA..(taun ni last sebab abah dan nak pencen) TERIMA KASIH ABAH SEBAB DAH BERUSAHA KERAS UNTUK MENCARI REZEKI UNTUK KELUARGAMU... SAYANG ABAH <3




my lovely mum, aku n my dad...